Pada 24 Ogos 2014 Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah menerima kunjungan lawatan empat orang delegasi Pengawasan dan Perlindungan Anak Daerah (KPPAD) Kepulauan Riau Indonesia yang diketuai oleh En Eri Syahrial M.Pdl iaitu Ketua KPPAD Kepri. Lawatan ini adalah bertujuan untuk bertukar fikiran dan melihat sistem pemulihan yang dijalankan di institusi ini. Rangka lawatan dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh KIP Azman bin Mat Yashim serta diadakan juga sesi perbincangan dan soal jawab yang turut disertai oleh PKP Lim Kim Mooi Pengarah Sekolah Henry Gurney Melaka.
""